Friday, July 13, 2018

Bila Penyelia Serabut Kepala


Inilah rupanya bila penyelia serabut kepala...asap berkepul kepul....

Sejarah Peristiwa Bukit Kepong


SEJARAH PERISTIWA BUKIT KEPONG


Peristiwa Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis keatas Balai Polis Bukit Kepong yang berlaku semasa Persekutuan Tanah Melayu dalam keadaan darurat selepas Perang Dunia Kedua. Peristiwa ini menjadi sejarah pertempuran bersenjata yang berlaku pada 23 Februari 1950 diantara pihak polis dan Parti Komunis Malaya (komunis) dimana pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling Balai Polis Bukit Kepong yang terletak ditebing sungai Muar, Bukit Kepong, Muar, Johor.

Balai Polis Bukit Kepong diperbuat daripada kayu dan jaraknya dengan bandar Muar sekitar 59 km. Bukit Kepong merupakan sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan mempunyai sekitar dua puluh buah rumah dan kedai dan juga terdapat beberapa buah kampung disekitarnya. Pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar. Sistem perhubungan yang sukar juga menyebabkan penempatan Polis Marin ditempatkan di Balai Polis Bukit Kepong. Sebelum serangan komunis, Ketua Polis Balai Bukit Kepong ialah Sarjan Raymond Dancey yang pernah berkhidmat di Palestin dan telah diganti Sarjan Jamil Mohd Shah yang memimpin satu platun campuran yang terdiri seramai 15 orang anggota Polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin, tiga Konstabel Polis Khas, dan empat Polis Tambahan bagi mengawal dan lain-lain hal yang menjadikannya seramai 22 orang anggota kesemuanya.

Menjelang awal 1950, Bukit Kepong menjadi tumpuan pergerakan komunis bagi mencari sokongan daripada kaum majoriti di Tanah Melayu dan pada masa itu. Peristiwa ini bermula apabila pihak komunis seramai lebih kurang 180 orang telah melancarkan serangan gerila keatas Balai Polis Bukit Kepong sekitar jam 4.15 pagi. Pihak komunis telah mengepung balai polis dengan separuh di bahagian hadapan dan bakinya mengelilingi Balai Polis Bukit Kepong. Serangan ini diketuai oleh Muhammad@Ahmad Bin Indera (Mat Indera) seorang ketua Komunis Melayu yang turut disertai oleh Komisser Goh Peng Tun.

Pada awalnya serangan pihak komunis itu sebagai amaran sahaja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya telah menyerang dari segenap sudut terutamanya dari bahagian hadapan balai. Pihak komunis berharap dengan serangan ini dapat mengejutkan pihak polis dan akan menyerah diri, tetapi jangkaan pihak komunis meleset apabila berhadapan dengan tentangan hebat dari anggota-anggota polis tersebut. Walaupun kekuatan lebih sedikit dari pihak komunis, pihak polis yang diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd Shah enggan menyerah walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Pihak polis telah memberi tentangan yang hebat terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik kawalan. Satu persatu anggota polis gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan juga turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka telah terkorban semasa pertempuran.

Sekitar jam 5.00 pagi, Pasukan Polis Bantuan AP (Auxiliary Police) beserta sekumpulan penduduk kampung/pengawal kampung HP (Home Guard) yang lengkap bersenjata digerakkan dari Kampung Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa untuk membantu. Bagaimanapun, sekitar setengah kilometer dari Balai Polis Bukit Kepong mereka telah diserang hendap oleh pihak komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar. Beberapa orang kampung serta pihak komunis juga dilaporkan terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Disebabkan keadaan tidak seimbang, Penghulu Ali Mustaffa telah mengarahkan anggotanya berundur sementara dan mempertahankan kawasan sekeliling Pekan Bukit Kepong. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan polis yang bertahan di Balai Polis Bukit Kepong. Dan sekitar masa itu juga kedua-dua kedudukan Sten Gun di Balai Polis Bukit Kepong turut dimusnahkan komunis.

Sekitar jam 7.00 pagi, pihak Komunis telah menawan seorang isteri anggota polis iaitu Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Ketua kumpulan Komunis Mat Indera telah memaksa Mariam supaya merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Sarjan Jamil sendiri. Pada masa yang sama, Fatimah isteri kepada Konstabel Abu Bakar Daud dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis agar menyerah. Namun, anggota polis yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam telah dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah yang bertugas sebagai pemandu bot marin di Sungai Muar turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di bahagian dada dan tangan ketika mempertahankan botnya.

Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis telah membakar berek kelamin dan balai polis secara keseluruhannya. Dua wanita dan anak-anak anggota turut terbakar hangus dalam berek kelamin tersebut. Pada ketika itu, hanya tiga orang anggota anggota polis dan seorang pengawal kampung sahaja yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis serta membunuh sekurang-kurangnya tiga anggota dari kumpulan pengganas komunis yang cuba menghalang mereka. Sementara itu, pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar. Dan pada ketika itu sekumpulan pengawal kampung dari Kampung Durian Chondong disebelah barat telah menggunakan sampan berkayuh  ke Lenga untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai serangan ini.

Hanya selepas lima jam bertempur, barulah pihak komunis berjaya menawan dan membakar Balai Polis Bukit Kepong. Pihak komunis kemudiannya berundur ke dalam hutan selepas membakar Pejabat Kampung dan merompak beberapa kedai. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat-mayat anggota polis yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar iaitu anak kepada Konstabel Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api. Apabila pengawal kampung memasuki Pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam dari pihak komunis. Penghulu Ali Mustaffa telah mengambil alih pentadbiran pos luar sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga.

Sarjan Jamil termasuk 14 anggota polis, Empat Pengawal Kampung, tiga polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah seramai 25 orang. Mereka yang terselamat dalam pertempuran tersebut adalah empat anggota polis dan sembilan ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka. Pengunduran pihak komunis telah meninggalkan kesan kemusnahan serta kematian yang dahsyat.

Latihan tembak HK 11



Latihan Tembak HK 11 Cawangan Start IPK Pahang

Motorsikal URB PDRM


Siap Dibaiki

Santai Petang



Assalamualaikum
dan
Salam Sejahtera

Jauh perjalanan luas pemandangan....apa pendapat anda????

Imaginasi Kanak-kanak 8 tahun dengan menggunakan aplikasi dalam komputer


Gambarajah 1


Gambarajah 2

Gambarajah 3


Gambarajah 4
Apakah pilihan masakan dihujung minggu ini




Pilih resepi pilihan anda di hujung minggu melalui link dibawah:

https://www.rasa.my/7-resipi-masakan-paling-popular-yang-geng-ibu-ibu-selalu-masak-hujung-minggu/

Ataupun makan bersama keluarga di restoran.